La Mujer en el espejo Juan Alfonso Baptista

Dalam telenovela ini, Juan Alfonso memegang watak sebagai seorang anak tiri kepada seorang ahli perniagaan yang terkemuka dalam bidang kosmetik. Marcos Mutti yang dilakonkannya digambarkan sebagai seorang kaki perempuan yang telah mempunyai seorang tunangan iaitu Xiomara ( lakonan Rossana Fernández Maldonado ). Xiomara dan Barbara Montesinos ( lakonan Gabriela Vergara ) telah merancang untuk mengikis segala harta milik keluarga Mutti. Namun segalanya berubah apabila Maritza Ferrer ( Paola Rey ) hadir dalam hidup Marcos. Kecantikan dan budi pekerti Maritza telah membuatkan Marcos berubah. Tanpa disedari Maritza yang dicintai Marcos hanyalah jelmaan gadis hodoh, Juliana Soler yang selalu menginginkan wajah yang cantik sehinggalah dimakbulkan oleh cermin ajaib peninggalan mendiang ibu saudaranya. Telenovela ini telah disiarkan di TV3 (Malaysia).

Berkaitan